Satu kaum yang akan mendalami agama, mereka membaca al-Qur’an, lalu syaitan datang kepada mereka

TEKS BAHASA ARAB

سيكون قوم يتفقهون في الدين، يقرؤن القرآن، يأتيهم الشيطان فيقول: لو أتيتم السلطان فأصبتم من دنياهم واعتزلتموهم بدينكم، ولا يكون ذلك كما لا يجنى من القتاد إلا الشوك، وكذا لا يجنى من قربهم إلا الخطايا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada satu kaum yang akan mendalami agama, mereka membaca al-Qur’an, lalu syaitan datang kepada mereka kemudian berkata: Kalaulah kamu mendatangi pemerintah, lalu kamu mendapatkan habuan daripada harta dunia mereka dan kamu mengasingkan mereka dengan agama kamu. Hal itu tidak akan berlaku, sepertimana pokok yang berduri tidak dapat dibuang duri (padanya) melainkan beberapa duri sahaja dan begitu juga orang yang hampir mereka tidak akan menjauhkan diri daripada mereka melainkan dengan kesalahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256 – 1257, hadis nombor 6420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: سيكون قوم يتفقهون في الدين، يقرؤن القرآن، يأتيهم الشيطان فيقول: لو أتيتم السلطان فأصبتم من دنياهم واعتزلتموهم بدينكم، ولا يكون ذلك كما لا يجنى من القتاد إلا الشوك، وكذا لا يجنى من قربهم إلا الخطايا.
[هــ، المروزي في ((أخبار الشيوخ))، ((الضعيفة)) (2652)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan ada satu kaum yang akan mendalami agama, mereka membaca al-Qur’an, lalu syaitan datang kepada mereka kemudian berkata: Kalaulah kamu mendatangi pemerintah, lalu kamu mendapatkan habuan daripada harta dunia mereka dan kamu mengasingkan mereka dengan agama kamu. Hal itu tidak akan berlaku, sepertimana pokok yang berduri tidak dapat dibuang duri (padanya) melainkan beberapa duri sahaja dan begitu juga orang yang hampir mereka tidak akan menjauhkan diri daripada mereka melainkan dengan kesalahan.
[Riwayat Ibn Majah, al-Marwazi dalam Akhbar al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2625]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs