Air zamzam itu adalah (mustajab) bagi tujuan apa ia diminum

TEKS BAHASA ARAB

ماء زمزم لما شرب له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Air zamzam itu adalah (mustajab) bagi tujuan apa ia diminum.

STATUS

[Lemah]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 106, hadis nombor 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعفه النووي، وحسنه ابن حجر لوروده من طرق، وصححه الدمياطي والمنذري.

Al-Nawawi telah menilainya daif. Ibn Hajar pula telah menilainya hasan kerana ia diriwayatkan daripada pelbagai jalan. Al-Dimyati dan al-Munziri pula telah menilainya sahih.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]