Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim

TEKS BAHASA ARAB

طلب العلم فريضة على كل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 100, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عبد البر: ورد من وجوه كلها معلولة. وقال غيره: روي من طرق تبلغ رتبة الحسن. قال ابن المبارك في تفسيره: معنى “طلب العلم / فريضة” أن يقع الرجل في شيء من أمر دينه فيسأل عنه حتى يعلمه.

Ibn ‘Abd al-Barr telah berkata: Ia diriwayatkan daripada beberapa jalan yang kesemuanya adalah ma’lul (terdapat kecacatan tersembunyi). Manakala yang lain berkata: Ia diriwayatkan daripada banyak jalan hingga mencapai darjat hasan. Ibn al-Mubarak telah berkata di dalam tafsirnya: Makna “Menuntut ilmu itu wajib” bahawa seseorang itu berhadapan dengan sesuatu daripada urusan agamanya, lalu dia bertanya tentang hal itu sehingga dia mengetahuinya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.