Seseorang itu berada pada agama teman rapatnya

TEKS BAHASA ARAB

المرء على دين خليله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang itu berada pada agama teman rapatnya.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 107-108, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: موضوع. واعترض، فقد حسنه أبو داود.

Ibn al-Jauzi berkata: Palsu, namun dibantah kerana Abu Daud telah menilainya hasan.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]