Ahli tauhid tidak akan merasa kesepian di dalam kubur

TEKS BAHASA ARAB

ليس على أهل لا إله إلا الله وحشة في قبورهم ولا منشرهم، وكأني بأهل لا إله إلا الله وهم ينفضون التراب عن رؤوسهم وهم يقولون: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ahli tauhid tidak akan merasa kesepian di dalam kubur mahupun ketika mereka dibangkitkan. Aku seakan-akan melihat ahli tauhid tersebut, dalam keadaan mereka menyapu debu tanah yang berada pada kepala mereka dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan rasa sedih daripada kami.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 477, hadis nombor 2564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ليس على أهل لا إله إلا الله وحشة في قبورهم ولا منشرهم، وكأني بأهل لا إله إلا الله وهم ينفضون التراب عن رؤوسهم وهم يقولون: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن)). [ابن أبي الدنيا في ((حسن الظن بالله))، طس، الفلاكي في ((الفوائد))، الجرجاني، خط، هب، ((الضعيفة)) (3853، 6654)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ahli tauhid tidak akan merasa kesepian di dalam kubur mahupun ketika mereka dibangkitkan. Aku seakan-akan melihat ahli tauhid tersebut, dalam keadaan mereka menyapu debu tanah yang berada pada kepala mereka dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan rasa sedih daripada kami.”
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Husn al-Zann billah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Falaki dalam al-Fawaid, al-Jurjani, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3853, 6654]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs