Tiga golongan di bawah teduhan Allah pada hari tiada teduhan kecuali teduhan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه، ورجل دعته امرأة إلى نفسها، فتركها من خشية الله، ورجل أحب لجلال الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan di bawah teduhan Allah pada hari tiada teduhan kecuali teduhan Allah; seorang lelaki yang di mana sahaja dia mengarah, dia tahu bahawa Allah bersamanya, seorang lelaki yang diajak orang seorang perempuan kepada dirinya, lalu dia meninggalkannya kerana takutkan Allah, dan seorang lelaki yang mencintai kerana keagungan Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «ثلاثة في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه، ورجل دعته امرأة إلى نفسها، فتركها من خشية الله، ورجل أحب لجلال الله».
[طب، فر، «الضعيفة» (2444)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tiga golongan di bawah teduhan Allah pada hari tiada teduhan kecuali teduhan Allah; seorang lelaki yang di mana sahaja dia mengarah, dia tahu bahawa Allah bersamanya, seorang lelaki yang diajak orang seorang perempuan kepada dirinya, lalu dia meninggalkannya kerana takutkan Allah, dan seorang lelaki yang mencintai kerana keagungan Allah”.
[Riwayat Mu’jam al-Kabir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2444].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.