TEKS BAHASA ARAB
سبعون ألفا من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terdapat 70 ribu orang daripada kalangan umatku yang masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: “Mereka ialah orang yang tidak berubat dengan besi panas, tidak berubat dengan membaca jampi dan tidak meminta dibacakan jampi kepadanya, tidak mempercayai petanda-petanda sial, dan mereka bertawakal kepada tuhan mereka.”
STATUS
Munkar dengan lafaz “tidak berubat dengan membaca jampi”
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478, hadis nombor 2566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (ولا يرقون))
عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- مرفوعا: ((سبعون ألفا من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون)).
[المخلص في ((العاشر من حديثه))، ((الضعيفة)) (2645، 3690، 6654)].
(Munkar dengan lafaz “tidak berubat dengan membaca jampi”)
Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Terdapat 70 ribu orang daripada kalangan umatku yang masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: “Mereka ialah orang yang tidak berubat dengan besi panas, tidak berubat dengan membaca jampi dan tidak meminta dibacakan jampi kepadanya, tidak mempercayai petanda-petanda sial, dan mereka bertawakal kepada tuhan mereka.”
[Riwayat al-Mukhis dalam ((al-‘Ashir min Hadithihi)). Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2645, 3690, 6654]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.