TEKS BAHASA ARAB
كان يأكل بكفه كلها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adalah baginda itu makan dengan seluruh tapak tangannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم الحجاج بنت محمد بن مسلم، قالت: كان أبي يأكل بكفه؛ فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع؟ قال: إن النبي ﷺ: «كان يأكل بكفه كلها». [عق، «الضعيفة» (6225)].
(Munkar) Daripada Umm al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim, beliau berkata: Bapaku pernah makan dengan tapak tangannya. Lalu aku berkata: Kalaulah kamu makan dengan tiga jari (itu lebih baik)? Dia menjawab: “Adalah baginda itu makan dengan seluruh tapak tangannya”. [Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6225].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.