Apabila baginda masuk baginda akan memulakan dengan bersugi, manakala apabila baginda keluar, baginda mendirikan solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

كان يبدأُ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda masuk baginda akan memulakan dengan bersugi, manakala apabila baginda keluar, baginda mendirikan solat dua rakaat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن شريح عن عائشة – رضي الله عنها -، قال: قالت لها: بأي شيء كان يبدأ رسول الله ﷺ إذا دخل عليك وإذا خرج من عندك؟ قالت: «كان يبدأ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين». [حب، «الضعيفة» (6235)].

(Munkar) Daripada Shurayh, daripada ‘Aishah RA, beliau (Shurayh) berkata: Aku bertanya kepadanya: "Rasulullah ﷺ mulakan dengan apa apabila baginda masuk bertemu kamu dan apabila baginda keluar dari sisimu?". ‘Aishah menjawab: "Apabila baginda masuk baginda akan memulakan dengan bersugi, manakala apabila baginda keluar, baginda mendirikan solat dua rakaat". [Riwayat Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6235].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.