TEKS BAHASA ARAB
هاشم والمطلب كهاتينِ، -وضم أصابعه وشبك بين أصابعِه-، لعن الله من فرق بينهما، ربونا صغارا وحملناهم كبارا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan Hasyim dan al-Muttalib adalah seperti ini – Baginda mendekatkan jari kedua tangan, kemudian Baginda menggenggam silang jari-jari Baginda -. Allah melaknat sesiapa yang memecah belahkan mereka. Mereka mendidik kami ketika kami kecil dan kami menjaga mereka ketika mereka tua.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1878, hadis nombor 9467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن علي، قال: قال رسول الله ﷺ: ((هاشمٌ والمطلبُ كهاتينِ، -وضمَّ أصابعَه وشبَّكَ بينَ أصابعِه-، لعن اللهُ من فرَّقَ بينَهما، رَبُّونا صغارًا وحملناهم كبارًا)).[هق, ((الضعيفة)) (4739)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Ali dia berkata: Rasulullah SAW berkata: “Perumpamaan Hasyim dan al-Muttalib adalah seperti ini – Baginda mendekatkan jari kedua tangan, kemudian Baginda menggenggam silang jari-jari Baginda -. Allah melaknat sesiapa yang memecah belahkan mereka. Mereka mendidik kami ketika kami kecil dan kami menjaga mereka ketika mereka tua." [Riwayat al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4739]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.