TEKS BAHASA ARAB
افترقت اليهود على اثنين وسبعين فرقة والنصارى كذلك وتفترق أمتي على ثلاث سبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة، قالوا: من هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه وأصحابي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Yahudi berpecah kepada 72 kumpulan, demikian juga Nasrani. Manakala umatku berpecah kepada 73 kumpulan. Semuanya berada di neraka kecuali satu kumpulan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kumpulan tersebut? Nabi SAW bersabda: (Kumpulan yang) aku dan para sahabatku berada di atasnya.
STATUS
Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«افْتَرَقت الْيَهُود على اثْنَيْنِ وَسبعين فرقة وَالنَّصَارَى كَذَلِك وتفترق أمتِي على ثَلَاث سبعين فرقة كلهَا فِي النَّار إِلَّا وَاحِدَة قَالُوا من هِيَ يَا رَسُول الله قَالَ مَا أَنا عَلَيْهِ وأصحابي» حسن صَحِيح رُوِيَ عَن أبي هُرَيْرَة وَسعد ابْن عمر وَأنس جَابر وَغَيرهم.
Hadis “Yahudi berpecah kepada 72 kumpulan, demikian juga Nasrani. Manakala umatku berpecah kepada 73 kumpulan. Semuanya berada di neraka kecuali satu kumpulan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kumpulan tersebut? Nabi SAW bersabda: (Kumpulan yang) aku dan para sahabatku berada di atasnya. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Sa’ad, Ibnu Umar, Anas, Jabir dan lain-lain.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.