TEKS BAHASA ARAB
تفترق أمتي على سبعين أو إحدى وسبعين كلهم في الجنة إلا فرقة واحدة قالوا يا رسول الله من هم قال الزنادقة وهم القدرية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umatku berpecah kepada 70 atau 71 kumpulan. Semuanya berada di syurga kecuali satu kumpulan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah siapakah mereka? Rasulullah SAW menjawab: (Mereka) adalah orang-orang yang zindik dan golongan al-Qadariah.
STATUS
Tiada asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَفِي اللآلئ «تَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى سَبْعِينَ أَوْ إِحْدَى وَسَبْعِينَ كُلُّهُمْ فِي الْجَنَّةِ إِلا فِرْقَةً وَاحِدَةً قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ الزَّنَادِقَةُ وَهُمُ الْقَدَرِيَّةُ» لَا أَصْلَ لَهُ.
Dalam kitab Al-La’ali : Hadis “ Umatku berpecah kepada 70 atau 71 kumpulan. Kesemuanya berada di syurga kecuali satu kumpulan. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah mereka. Rasulullah SAW menjawab : (Mereka) adalah orang-orang yang zindiq dan mereka adalah golongan Al-Qadariah”. Hadis ini tiada asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.