TEKS BAHASA ARAB
اللهم أحيني مسكينا وأمتني مسكينا واحشرني في زمرة المساكين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, serta himpunkanlah aku bersama golongan orang miskin.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: “اللهم أحيني مسكينا وأمتني مسكينا واحشرني في زمرة المساكين”.
قال ابن الجوزي: موضوع. واعترض.
وقال ابن تيمية: ضعيف. ووهم من ادعى عنه / أنه قال: موضوع.
Dan hadis: “Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, serta himpunkanlah aku bersama golongan orang miskin”.
Ibn al-Jauzi telah berkata: Palsu dan dia menyangkal.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Daif. Telah silap orang yang mendakwa ke atasnya bahawa dia (Ibn Taimiyyah) mengatakan: Palsu.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
]