Wahai Tuhan, ini adalah penyaksian untuk orang yang aku berada bersamanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا رب هذا شهدت على من أنا بين ظهريه فكيف بمن لم أر؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Tuhan, ini adalah penyaksian untuk orang yang aku berada di bersamanya. Bagaimana dengan orang yang aku tidak melihatnya?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1097, hadis nombor 5567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي لبيبة رضي الله عنه قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قرأ هذه الآية (فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ هؤلَاءِ شَهِيدًا) بكى رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: يَا رَبُّ هَذَا شَهِدْتُ عَلَى مَنْ أَنَا بَيْنَ ظَهْرَيْهِ، فَكَيْفَ بِمَنْ لَمْ أَرَ؟ [طب، أبو نعيم في المعرفة، الضعيفة (6356)].

(Lemah) Daripada Abu Labibah RA, beliau berkata: Setiap kali apabila Rasulullah SAW membaca ayat {Maka bagaimana jika kami datangkan seorang saksi daripada setiap umat, dan kami datangkan kamu sebagai saksi buat mereka), Baginda akan menangis, sambil berkata: Wahai Tuhan, ini adalah penyaksian untuk orang yang aku berada di bersamanya. Bagaimana dengan orang yang aku tidak melihatnya? [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6356].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.