Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا خَوْلَةُ! مَا حَدَثَ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ؟ جِبْرِيلُ لا يَأْتِينِي! فَهَلْ حَدَثَ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ حَدَثٌ؟ يَا خَوْلَةُ! دَثِّريني! فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {وَالضُّحَى. وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى}.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Khawlah, apa yang berlaku di rumah Rasulullah? Jibril tidak datang kepada aku. Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah? Wahai Khawlah, selimutkanlah aku. Lalu Allah menurunkan ayat {Demi waktu siang dan waktu malam tatkala ia bertenang. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu mahupun memarahimu}.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1097, hadis no. 5566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Hafs bin Sa‘id al-Qurashi RA, ibu saya menceritakan daripada ibunya yang merupakan tukang khidmat Rasulullah SAW menceritakan kepadanya: Seekor anjing kecil memasuki rumah Nabi SAW, ia masuk ke bawah katil dan mati di situ. Maka beberapa hari wahyu tidak diturunkan kepada Baginda. Baginda berkata: Wahai Khawlah, apakah yang berlaku di rumahku, Jibril tidak datang kepadaku. Adakah berlaku sesuatu di rumahku ini?. Aku berkata: Demi Allah, tiada hari yang lebih baik daripada hari ini. Baginda pun mencapai selendang Baginda dan menyarungnya, lalu keluar rumah. Aku bermonolog: Elok juga jika aku mengemas rumah dan menyusun aturnya. Maka aku pun lalukan penyapu di bawah katil Baginda dan mendapati ada sesuatu yang agak berat. Aku berusaha mengeluarkannya, rupa-rupanya ia adalah bangkai seekor anjing kecil. Aku mengambil dan membuangnya di belakang rumah. Lalu Nabi SAW pulang dalam keadaan janggutnya bergetar dan jika wahyu turun kepada Baginda, tubuh Baginda akan menggeletar , Baginda berkata: Wahai Khawlah, selimutkanlah aku. Lalu Allah menurunkan ayat {Demi waktu siang dan waktu malam tatkala ia bertenang. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu mahupun memarahimu}. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6136]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman