TEKS BAHASA ARAB
تجيء وفي لفظ تعرض الأعمال يوم القيامة فتجيء الصلاة فتقول : يا رب أنا الصلاة فيقول : إنك على خير فتجيء الصدقة فتقول : يا رب أنا الصدقة فيقول : إنك على خير ثم يجيء الصيام فيقول : يا رب أنا الصيام فيقول : إنك على خير ثم تجيء الأعمال على ذلك فيقول الله عز وجل : إنك على خير ثم يجيء الإسلام فيقول : يا رب أنت السلام وإنا الإسلام فيقول الله عز وجل : إنك على خير بك اليوم آخذ وبك أعطي قال الله عز وجل في كتابه : ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada lafaz yang lain menyebut: Amalan-amalan dibentangkan pada hari Kiamat, kemudian solat datang lalu berkata: Wahai Tuhan, aku adalah solat. Lalu Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian sedekah datang dan berkata: Wahai Tuhan, aku adalah sedekah. Tuhan berfirman: Engkau berada diatas kebaikan. Kemudian puasa pula datang dan berkata: Wahai Tuhan, aku adalah puasa. Maka Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan yang lain datang. Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian Islam pula datang dan berkata: Wahai Tuhan, Engkau merupakan Al-Salam dan aku adalah Islam. Maka Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan kerana engkau Aku mengambil dan memberi pada hari ini. Allah S.W.T. berfirman didalam Al-Quran: Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak diterima daripada individu tersebut, dan pada hari akhirat ia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 895, hadis nombor 4586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تجيء وفي لفظٍ: تعرض الأعمال يوم القيامة فتجيء الصلاة فتقول: يا رب أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يا رب أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يا رب أنت السلام وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير بك اليوم آخذ وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه: ﴿ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴾. [حم، طس، ع، الضعيفة (5280)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Amalan-amalan datang pada Hari Kiamat. Pada lafaz yang lain menyebut: Amalan-amalan dibentangkan pada hari Kiamat, kemudian solat datang lalu berkata: Wahai Tuhan, aku adalah solat. Lalu Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian sedekah datang dan berkata: Wahai Tuhan, aku adalah sedekah. Tuhan berfirman: Engkau berada diatas kebaikan. Kemudian puasa pula datang dan berkata: Wahai Tuhan, aku adalah puasa. Maka Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian amalan-amalan yang lain datang. Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan. Kemudian Islam pula datang dan berkata: Wahai Tuhan, Engkau merupakan Al-Salam dan aku adalah Islam. Maka Tuhan berfirman: Engkau berada di atas kebaikan kerana engkau Aku mengambil dan memberi pada hari ini. Allah S.W.T. berfirman didalam Al-Quran: Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak diterima daripada individu tersebut, dan pada hari akhirat ia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad Bin Hanbal, Al-Tabari dalam Al-Mu’jam Al-Awsat dan Abu Ya’la dalam Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah Al-Da‘ifah no 5780].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.