Apabila seseorang mempunyai hak yang perlu ditunaikan kepada orang lain, lalu dia mempertangguhkan hak tersebut

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان للرجل على رجل حق فأخره إلى أجله كان له صدقة فإن أخره بعد أجله كان له بكل يوم صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang mempunyai hak yang perlu ditunaikan kepada orang lain, lalu dia mempertangguhkan hak tersebut sehingga ajalnya maka itu dikira sedekah. Sekiranya dia menunda setelah daripada ajalnya, setiap hari selepas itu dianggap sebagai sedekah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis nombor 4616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمران بن حصين قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان للرجل على رجل حق فأخره إلى أجله كان له صدقة فإن أخره بعد أجله كان له بكل يوم صدقة. [طب, الضعيفة (6997)]

(Palsu) Daripada ‘Imran Bin Husain berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang mempunyai hak yang perlu ditunaikan kepada orang lain, lalu dia mempertangguhkan hak tersebut sehingga ajalnya maka itu dikira sedekah. Sekiranya dia menunda setelah daripada ajalnya, setiap hari selepas itu dianggap sebagai sedekah. [Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs