Ya’juj itu satu umat, Ma’juj juga satu umat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يأجوج أمة، ومأجوج أمة، كل أمة أربع مئة ألف، لا يموت الرجل حتى ينظر إلى ألف ذكر بين يديه من صلبه، كل قد حمل السلاح. قلت: يا رسول الله! صفهم لنا. قال: هم ثلاثة أصناف: صنف منهم أمثال الأرز. قلت: وما الأرز؟ قال: شجر بالشام، طول الشجرة عشرون ومئة ذراع في السماء، فقال رسول الله ﷺ: هؤلاء الذين لا يقوم لهم جبل ولا حديد. وصنف منهم يفترش بأذنه، ويلتحف بالأخرى، لا يمرون بفيل ولا وحش ولا جمل ولا خنزير إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مقدمتهم بالشام، وساقتهم بخراسان، يشربون أنهار المشرق، وبحيرة طبرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya’juj itu satu umat, Ma’juj juga satu umat, setiap umat berjumlah 400, 000. Seorang lelaki dari kalangan mereka tidak akan mati sehingga dia melihat 1000 lelaki dari keturunannya di hadapannya, yang mana setiap seorang daripada mereka membawa senjata. Aku (Huzaifah) berkata: Wahai Rasulullah, gambarkan sifat mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka terdiri daripada tiga golongan; yang pertama seperti Arz. (Cedar/Cedrus). Aku bertanya: Apakah Arz? Baginda bersabda: Sejenis pokok di Sham, ketinggiannya 120 hasta mencecah langit. Rasulullah SAW menambah lagi: Mereka ini tidak dihormati oleh gunung mahupun besi. Satu golongan lagi berbaring di atas sebelah telinganya dan berselimut dengan sebelah telinga yang lain. Tidaklah mereka menjumpai gajah, binatang buas, unta mahupun babi, melainkan mereka akan memakan kesemuanya. Sesiapa yang mati di kalangan mereka juga mereka akan memakannya. Permulaan mereka di Sham dan penghujung mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di Timur dan Tasik Thabariyyah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 483, hadis nombor 2600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة بن اليمان –رضي الله عنه-، قال: سألت رسول الله ﷺ عن يأجوج ومأجوج؟ قال: ((يأجوج أمة، ومأجوج أمة، كل أمة أربع مئة ألف، لا يموت الرجل حتى ينظر إلى ألف ذكر بين يديه من صلبه، كل قد حمل السلاح. قلت: يا رسول الله! صفهم لنا. قال: هم ثلاثة أصناف: صنف منهم أمثال الأرز. قلت: وما الأرز؟ قال: شجر بالشام، طول الشجرة عشرون ومئة ذراع في السماء، فقال رسول الله ﷺ: هؤلاء الذين لا يقوم لهم جبل ولا حديد. وصنف منهم يفترش بأذنه، ويلتحف بالأخرى، لا يمرون بفيل ولا وحش ولا جمل ولا خنزير إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مقدمتهم بالشام، وساقتهم بخراسان، يشربون أنهار المشرق، وبحيرة طبرية)). [عد، ابن الجوزي، طس، الواحدي في ((التفسير))، عبد الغني في ((الثالث والتسعين من جزئه))، ((الضعيفة)) (4143)]

(Palsu)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW tentang Ya’juj dan Ma’juj. Ya’juj itu satu umat, Ma’juj juga satu umat, setiap umat berjumlah 400, 000. Seorang lelaki dari kalangan mereka tidak akan mati sehingga dia melihat 1000 lelaki dari keturunannya di hadapannya, yang mana setiap seorang daripada mereka membawa senjata. Aku (Huzaifah) berkata: Wahai Rasulullah, gambarkan sifat mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka terdiri daripada tiga golongan; yang pertama seperti Arz. (Cedar/Cedrus). Aku bertanya: Apakah Arz? Baginda bersabda: Sejenis pokok di Sham, ketinggiannya 120 hasta mencecah langit. Rasulullah SAW menambah lagi: Mereka ini tidak dihormati oleh gunung mahupun besi. Satu golongan lagi berbaring di atas sebelah telinganya dan berselimut dengan sebelah telinga yang lain. Tidaklah mereka menjumpai gajah, binatang buas, unta mahupun babi, melainkan mereka akan memakan kesemuanya. Sesiapa yang mati di kalangan mereka juga mereka akan memakannya. Permulaan mereka di Sham dan penghujung mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di Timur dan Tasik Thabariyyah.
[Riwayat Ibn ‘Adiy, Ibn al-Jawzi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Wahidi dalam al-Tafsir, ‘Abd al-Ghani dalam 93 dari Juzuknya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4143].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.