Wahai Fatimah! Bangun dan lihatlah haiwan sembelihan kamu

TEKS BAHASA ARAB

يا فاطمة! قومي فاشهدي أضحيتك، اما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك. فقال أبو سعيد الخدرى رضى الله عنه: يا رسول الله! أهذه لآل محمد خاصة – فهم أهل لما خصوا به من خير – أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال صلى الله عليه وسلم: بل هي لآل محمد والناس عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Fatimah! Bangun dan lihatlah haiwan sembelihan kamu. Kamu akan mendapat pengampunan daripada setiap dosa melalui titisan pertama darah haiwan. Ia akan datang pada hari kiamat dengan daging, darah sebanyak 70 kali ganda sehingga ia diletakkan di tempat timbangan kamu. Abu Sa’id al-Khudri berkata: Wahai Rasulullah, adakah ini khusus untuk keluarga Muhammad atau umum untuk keluarga Muhammad dan orang lain? Rasulullah SAW bersabda: Ini adalah umum untuk keluarga Muhammad dan orang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1955, hadis nombor 9790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه قال: قال ﷺ: يا فاطمة! قومي فاشهدي أضحيتك، اما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك. فقال أبو سعيد الخدرى رضى الله عنه: يارسول الله! أهذه لآل محمد خاصة – فهم أهل لما خصوا به من خير – أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: بل هي لآل محمد والناس عامة.
[عبد بن حميد، هق، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6829)]

(Palsu)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Wahai Fatimah! Bangun dan lihatlah haiwan sembelihan kamu. Kamu akan mendapat pengampunan daripada setiap dosa melalui titisan pertama darah haiwan. Ia akan datang pada hari kiamat dengan daging, darah sebanyak 70 kali ganda sehingga ia diletakkan di tempat timbangan kamu. Abu Sa’id al-Khudri berkata: Wahai Rasulullah, adakah ini khusus untuk keluarga Muhammad atau umum untuk keluarga Muhammad dan orang lain? Rasulullah SAW bersabda: Ini adalah umum untuk keluarga Muhammad dan orang lain.
[Riwayat Abd bin Humaid dalam Muntakhab min Musnad, al-Baihaqi dalam Sunan dan al-Ashabani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6829]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs