Wahai Allah, masukkanlah Abu ‘Amir dalam kalangan majoriti pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

اللهم أبا عامر اجعله في الأكثرين يوم القيامة. هذا أو نحوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, masukkanlah Abu ‘Amir dalam kalangan majoriti pada hari kiamat, atau doa yang sama seperti ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1079, hadis nombor 5500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن الضحاك بن عبد الرحمن بن عرزب الأشعري أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَدَ يَوْمَ حُنَيْنٍ لِأَبِي عَامِرٍ الْأَشْعَرِيِّ عَلَى خَيْلِ الطَّلَبِ. فَلَمَّا انْهَزَمَتْ هَوَازِنُ طَلَبَهَا حَتَّى أَدْرَكَ ابْنَ دُرَيْدَ بْنَ الصِّمَّةِ فَأَسْرَعَ بِهِ فرسُهُ فَقَتَلَ ابْنُ دُرَيْدٍ أَبَا عَامِرٍ. قَالَ أَبُو مُوسَى: فَشَدَدْتُ عَلَى ابْنِ دُرَيْدٍ فَقَتَلْتُهُ وَأَخَذْتُ اللِّوَاءَ وَانْصَرَفْتُ بِالنَّاسِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا رَأَى اللِّوَاءَ بِيَدِي قَالَ: أَبَا مُوسَى قُتِلَ أَبُو عَامِرٍ؟ قُلْتُ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: فَرَفَعَ يَدَيْهِ يَدْعُو لَهُ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَبَا عَامِرٍ اجْعَلْهُ فِي الْأَكْثَرِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. هَذَا أَوْ نَحْوَهُ. [ع، الضعيفة (6489)]

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada al-Dahhak bin ‘Abdurrahman bin ‘Arzab al-Ash‘ari RA, pada peperangan Hunain, Rasulullah mengikat panji pada kuda Abu ‘Amir al-Ash‘ari. Apabila peperangan dengan kabilah Hawazin berkecamuk, mereka mencari-cari panji tersebut. Apabila Hawazin tewas, dia pergi ke Hunain sehingga dia berjumpa Ibn Duraid bin al-Simmah, lalu dia melajukan kudanya dan Ibn Duraid membunuh Abu ‘Amir. Abu Musa berkata: Aku terus bertempur dengan Ibn Duraid, lalu aku membunuhnya dan aku mengambil panji. Apabila aku bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda mendapati ada panji di tanganku, Baginda bertanya: Wahai Abu Musa, adakah Abu ‘Amir terkorban? Aku jawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda segera mengangkat tangan, lalu berdoa: Wahai Allah, masukkanlah Abu ‘Amir dalam kalangan majoriti pada hari kiamat, atau doa yang sama seperti ini. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6489]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs