Muliakan dia kerana dia adalah antara sahabatku yang paling menyerupai perwatakanku

TEKS BAHASA ARAB

أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakan dia kerana dia adalah antara sahabatku yang paling menyerupai perwatakanku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1079, hadis nombor 5499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: دَخَلْتُ عَلَى رُقَيَّةَ بنتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةِ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَفِي يَدِهَا مُشْطٌ فَقَالَتْ: خَرَجَ مِنْ عِنْدِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آنِفًا رَجَّلْتُ رَأْسَهُ فَقَالَ: كَيْفَ تَجِدِينَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ؟، قُلْتُ: كخَيْرِ الرجال. قَالَ: أَكْرِمِيهِ فَإِنَّهُ مِنْ أَشْبَهِ أَصْحَابِي بِي خُلُقًا. [ك، عبد الله بن أحمد في الفضائل، طب، الضعيفة (6364)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku bertemu Ruqayyah binti Rasulullah SAW; isteri Uthman bin ‘Affan dan di tangannya terdapat satu sikat. Beliau berkata: Rasulullah baru sahaja keluar daripada rumahku, aku menyikat rambut Baginda. Baginda bertanya kepada Ruqayyah: Apa pendapat kamu tentang Abu ‘Abdullah? Ruqayyah berkata: Dia seperti lelaki paling baik. Baginda bersabda: Muliakan dia kerana dia adalah antara sahabatku yang paling menyerupai perwatakanku. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, ‘Abdullah bin Ahmad dalam Fada’il dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6364]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs