Wahai ‘Ali! Kamu adalah orang mukmin pertama yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت أول المؤمنين إيمانا، وأول المسلمين إسلاما، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali! Kamu adalah orang mukmin pertama yang beriman, orang Islam pertama masuk Islam dan kedudukan kamu disisiku adalah seperti kedudukan Harun kepada Musa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 499, hadis nombor 2670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: سمعت عمر بن الخطاب؛ وعنده جماعة، فتذاكروا السابقين إلى الإسلام، فقال عمر: أما علي؛ فسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول فيه ثلاث خصال؛ لوددت أن لي واحدة منهن، فكان إليّ أحب مما طلعت عليه الشمس: كنت أنا وأبو عبيدة وأبو بكر وجماعة من الصحابة؛ إذ ضرب النبي صلى الله عليه وسلم بيده على منكب علي فقال له: ((يا علي! أنت أول المؤمنين إيمانا، وأول المسلمين إسلاما، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى)). [أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4938)].

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Aku telah mendengar ‘Umar bin al-Khattab berkata, sedang di sisinya terdapat satu jemaah, mereka berbual-bual mengingati golongan awal yang memeluk Islam, maka ‘Umar berkata: Adapun ‘Ali, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Padanya terdapat tiga keistimewaan. Aku benar-benar berharap bahawa aku memiliki salah satu daripadanya. Ia bagiku lebih aku cintai daripada apa yang matahari terbit di atasnya. Ketika itu, aku, Abu ‘Ubaidah, Abu Bakr dan sekumpulan daripada sahabat menyaksikan pernah tiba-tiba Nabi SAW memukul dengan tangan Baginda atas bahu ‘Ali lalu Baginda berkata kepadanya: Wahai ‘Ali! Kamu adalah orang mukmin pertama yang beriman, orang Islam pertama masuk Islam dan kedudukan kamu disisiku adalah seperti kedudukan Harun kepada Musa.
[Riwayat Abu Ahmad al-Hakim dalam kitab al-Kuna dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4938].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs