Apabila berlaku hari kiamat, umatku menjadi tiga kumpulan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ صارت أمتي ثلاث فرق: فرقة يعبدون الله خالصا، وفرقة يعبدون الله رياء، وفرقة يعبدون الله ليستأكلوا به الناس. فإذا جمعهم قال للذي يستأكل الناس: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أستأكل به الناس. قال: لم ينفعك ما جمعت شيئا؛ انطلقوا به إلى النار! ثم يقول للذي كان يعبده رياء: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أردت به رياء الناس. قال: لم يصعد إليّ منه شيء؛ انطلقوا به إلى النار! ثم يقول للذي كان يعبده خالصا: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أنت أعلم بذلك مني؛ أردت به وجهك وذكرك! قال: صدق عبدي! انطلقوا به إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berlaku hari kiamat, umatku menjadi tiga kumpulan: Satu kumpulan beribadah kepada Allah secara ikhlas, satu kumpulan beribadah kepada Allah secara riyak dan satu kumpulan beribadah kepada Allah untuk meminta makan dengannya dari orang ramai. Maka apabila Allah telah mengumpulkan mereka, Dia berkata kepada orang yang meminta makan daripada orang ramai: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Aku meminta makan dengannya daripada orang ramai. Allah berkata: Apa yang kamu kumpulkan tiada sesuatu pun yang memberi manfaat untukmu, bertolaklah kalian dengannya ke neraka. Kemudian, Dia berkata kepada orang yang dahulu beribadah kepada-Nya secara riyak: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Aku mahu menunjuk-nunjuk dengannya kepada orang ramai. Dia berkata: Tiada sesuatu pun yang naik kepada-Ku, bertolaklah kalian dengannya ke neraka. Kemudian Dia berkata kepada orang yang dahulu beribadah kepada-Nya secara ikhlas: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Kamu lebih mengetahui perkara itu daripadaku. Aku mahu wajah-Mu dan ingatan-Mu dengannya. Dia berkata: Benarlah hamba-Ku! Bertolaklah kalian dengannya ke syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 500, hadis nombor 2677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا كان يوم القيامة؛ صارت أمتي ثلاث فرق: فرقة يعبدون الله خالصا، وفرقة يعبدون الله رياء، وفرقة يعبدون الله ليستأكلوا به الناس. فإذا جمعهم قال للذي يستأكل الناس: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أستأكل به الناس. قال: لم ينفعك ما جمعت شيئا؛ انطلقوا به إلى النار! ثم يقول للذي كان يعبده رياء: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أردت به رياء الناس. قال: لم يصعد إليّ منه شيء؛ انطلقوا به إلى النار! ثم يقول للذي كان يعبده خالصا: بعزتي وجلالي! ما أردت بعبادتي؟! قال: بعزتك وجلالك! أنت أعلم بذلك مني؛ أردت به وجهك وذكرك! قال: صدق عبدي! انطلقوا به إلى الجنة)). [طس، الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5153)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila berlaku hari kiamat, umatku menjadi tiga kumpulan: Satu kumpulan beribadah kepada Allah secara ikhlas, satu kumpulan beribadah kepada Allah secara riyak dan satu kumpulan beribadah kepada Allah untuk meminta makan dengannya dari orang ramai. Maka apabila Allah telah mengumpulkan mereka, Dia berkata kepada orang yang beribadah demi meminta makan daripada orang ramai: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Aku meminta makan dengannya daripada orang ramai. Allah berkata: Apa yang kamu kumpulkan tiada sesuatu pun yang memberi manfaat untukmu, bertolaklah kalian dengannya ke neraka. Kemudian, Dia berkata kepada orang yang dahulu beribadah kepada-Nya secara riyak: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Aku mahu menunjuk-nunjuk dengannya kepada orang ramai. Dia berkata: Tiada sesuatu pun yang naik kepada-Ku, bertolaklah kalian dengannya ke neraka. Kemudian Dia berkata kepada orang yang dahulu beribadah kepada-Nya secara ikhlas: Demi izzah-Ku dan keagungan-Ku! Apa yang kamu mahu dengan beribadah kepada-Ku? Orang itu berkata: Demi izzah-Mu dan keagungan-Mu! Kamu lebih mengetahui perkara itu daripadaku. Aku mahu wajah-Mu dan ingatan-Mu dengannya. Dia berkata: Benarlah hamba-Ku! Bertolaklah kalian dengannya ke syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5153].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.