Wahai ‘Ali! Kamu adalah ketua di dunia, ketua di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali! Kamu adalah ketua di dunia, ketua di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah, musuhmu adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah dan kecelakaan untuk orang yang membencimu selepasku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 499, hadis nombor 2671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي فقال: ((يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي)). [عد، ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4894)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW melihat ke arah ‘Ali lalu Baginda bersabda: Wahai ‘Ali! Kamu adalah ketua di dunia, ketua di akhirat, kekasihmu adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah, musuhmu adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah dan kecelakaan untuk orang yang membencimu selepasku.
[Riwayat Ibn ‘Adi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4894].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.