Wahai Ali! Engkau umpama Isa

TEKS BAHASA ARAB

يا علي فيك مثل من عيسى أبغضته اليهود حتى بهتوا أمه. وأحبته النصارى حتى أنزلوه المنزل الذي ليس به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Engkau umpama Isa. Yahudi membenci Baginda sehingga membuat tuduhan terhadap ibunya. Manakala, Nasrani pula mencintai Baginda sehingga meletakkan Baginda pada kedudukan yang tidak sepatutnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 152-154, hadis nombor 151. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه النسائي في خصائص علي (رقم 100- بتحقيقي) وأحمد في فضائل الصحابة (1025- 1221) وابنه عبد الله في زوائد الفضائل (1087) وفي زوائد المسند (1/160) وفي السنة (1263) والبخاري في التاريخ (2/ 1/ 281- 282) وأبو يعلى (1/ 406- 407) والبزار (3/ 202) وابن أبي عاصم في السنة (1004) والبلاذري في أنساب الأشراف (2/ 120) وأبو سعيد بن الأعرأبي في معجمه (ج2/ ق125 /1) والحاكم (3/123) وابن الجوزي في الواهيات (1/ 227) وابن المغازلي في مناقب علي (104) من طريق الحكم بن عبد الملك عن الحارث بن حصيرة عن أبي صادق عن ربيعة بن ناجذ عن علي مرفوعاً به. قال الحاكم: صحيح الإسناد، ولم يخرجاه. فتعقبه الذهبي بقوله: قلت: وجرحه عامتهم. وما وثقه سوى العجلي فيما أعلم وهو متساهل. فقول الشيخ أبي الأشبال رحمه الله في شرح المسند (2/ 355) : نرى تحسين حديثه. قوله لا يجري على قواعد أهل الحديث. والله أعلم. ولكن لم يتفرد به الحكم، فتابعه محمد بن كثير الملائي ثنا الحارث به. أخرجه البزار (3/ 202) ، وقال: لا نعلمه عن علي مرفوعاً إلا بهذا الإسناد.
قلت: ومحمد بن كثير الساجي. وضعفه غيره.وقال البخاري: منكر الحديث. وهذا جرح شديد عنده. فهذه علة.
والثانية: ربيعه بن ناجذ، قال الذهبي في الميزان : لا يكاد يعرف.
وقال في المغني : فيه جهالة.فكأنه لم يعتد بتوثيق ابن حبان والعجلي له، لما عرف من تساهلهما أما الحافظ، فقال في التقريب : ثقة. وهذا تسامح منه بلاشك. وللحديث طريق آخر. أخرجه ابن حبان في المجروحين (2/ 122) ومن طريقة ابن الجوزي في الواهيات (1/ 227- 228) من طريق عيسى بن عبد الله، قال: حدثني أبي عن أبيه عن جده بن أبي طالب قال: جئت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوماً، فوجدته في ملأ من قريش. فنظر إليَّ وقال: يا علي إنما مثلك في هذه الأمة كمثل عيسى بن مريم أحبه قوم فأفرطوا فيه. وأبغضه قوم فأفرطوا فيه. قال: فضحك الملأ الذين عنده وقالوا: انظروا كيف شبه ابن عمه بعيسى؟ قال: ونزل القرآن:
{وَلَمَّا ضُرِبَ ابن مَرْيَمَ مَثَلاً إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ} 43/ 57.
قلت: وهذا كذب، قبح الله من افتراه. وآفته عيسى بن عبد الله هذا.قال ابن حبان: يروي عن أبيه عن آبائه أشياء موضوعة. لا يحل الاحتجاج به. كأنه كان يهم ويخطئ حتى يجيء بالأشياء الموضوعة عن أسلافه، فبطل الاحتجاج بما يرويه لما وصفت ثم قال: هذه النسخة أكثرها معمولة. أهـ‍. قلت: يعني مكذوبة. والله أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Nasa’ei dalam Khasais ‘Ali (: 100 – melalui penelitian oleh saya), Ahmad dalam Fadhail al-Sahabah (1025-1221), anak beliau Abd Allah dalam Zawaid al-Fadhail (1087) dan Zawaid al-Musnad (1/160) juga al-Sunnah (1263), al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1/281)-282), Abu Ya’la (1/406-407), al-Bazzar (3/202), Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah (1004), al-Balazuri dalam Ansab al-Ashraf (2/120), Abu Sa’id bin al-A’rabi dalam Mu’jam beliau (hlm. 125/1), al-Hakim (3/123), Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/227) dan Ibn al-Maghazali dalam Manaqib ‘Ali (104) melalui sanad al-Hakam bin ‘Abd al-Malik daripada al-Malik bin Hasirah daripada Abi Sadiq daripada Rabi’ah bin Najiz daripada ‘Ali secara marfu’ hadith tersebut.
Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya". Al-Zahabi lalu memberikan komentar terhadap penilaian al-Hakim, katanya: "Saya berkata: Kesemua mereka (ulama) mengkritik beliau (al-Hakam) dan tidak ada yang menilai beliau sebagai thiqah selain al-‘Ijli. Setahu saya al-‘Ijli seorang yang bermudah-mudah". Al-Syeikh Abu al-Ashbal RH berkata dalam Syarh al-Musnad (2/355): "Kami berpandangan bahawa penilaian hasan terhadap hadith beliau (al-Hakam) adalah pandangan yang tidak mengikut kaedah-kaedah ahli hadith. Wallahua’lam".
Namun, al-Hakam tidak bersendirian meriwayatkan hadith tersebut, beliau telah disokong oleh Muhammad bin Kathir al-Mulla’ei, katanya al-Harith telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (3/202), seraya al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahuinya melalui ‘Ali secara marfu’ melainkan dengan sanad ini".
Saya berkata: Muhammad bin Kathir, al-Saji telah meninggalkan riwayat beliau [penterjemah: edisi Maktabah Shamilah hanya menyebutkan ومحمد بن كثير الساجي, gugur perkataan تركه. Penambahan perkataan tersebut adalah yang sebetulnya sebagaimana dalam Nath al-Nibal Bi Mu'jam al-Rijal Allazina Tarajjamah Lahum al-Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini dan Muhammad telah dinilai dha’if oleh selain al-Saji. Al-Bukhari pula berkata: "Munkar al-Hadith". Ini merupakan kritikan berat di sisi al-Bukhari. Ini adalah satu kecacatan.
Kedua: Rabi'ah bin Najiz, al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: "Hampir-hampir beliau tidak dikenali". Dalam al-Mughni pula al-Zahabi berkata: "Padanya terdapat Jahalah (Tidak dikenali)". Sepertinya al-Zahabi tidak mengambil kira penilaian thiqah oleh Ibn Hibban dan al-'Ijli terhadap beliau, kerana diketahui mereka berdua bermudah-mudah. Manakala, al-Hafiz pula berkata dalam al-Taqrib: "Thiqah". Ini juga termasuk sikap longgar al-Hafiz, tanpa ragu-ragu lagi.
Hadith tersebut mempunya satu lagi sanad lain. Ianya telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/122), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/227-228) melalui sanad Ibn Hibban, daripada 'Isa bin Abd Allah, katanya ayah saya telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya daripada datuknya, 'Ali bin Abi Talib, katanya: Saya pernah datang menemui Rasulullah SAW pada suatu hari, ketika itu Baginda SAW sedang bersama pemimpin Quraish. Lalu Baginda SAW memandang ke arahku seraya bersabda: "Wahai 'Ali! Engkau bagi umat ini sama seperti 'Isa bin Maryam, suatu kaum mencintainya hingga melampaui batas terhadap beliau, manakala suatu kaum lagi membencinya hingga melampaui batas terhadapnya". 'Ali berkata: "Lalu pemimpin-pemimpin tadi pun ketawa di sisi Baginda SAW seraya mereka berkata: "Lihatlah! Dia menyerupakan sepupunya dengan 'Isa?". 'Ali berkata: "Lalu turunlah ayat al-Qur'an (bermaksud): "Dan ketika putera Maryam dijadikan perumpamaan, tiba-tiba kaum Quraish bersorak-sorak kerananya". [Surah al-Zukhruf, ayat 57] Saya berkata: Ini adalah suatu pembohongan, semoga Allah memburukkan orang yang mereka-rekanya. Perekanya adalah ‘Isa bin Abd Allah ini. Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayat daripada ayahnya daripada datuk moyangnya hadith-hadith palsu, tidak halal berhujjah dengan riwayat beliau. Sepertinya, beliau telah terkeliru lalu tersilap (dalam meriwayatkan hadith) hingga membawakan riwayat-riwayat yang palsu daripada datuk moyangnya. Oleh itu, terbatallah keharusan berhujjah dengan riwayat-riwayatnya berdasarkan apa yang telah saya sebutkan…". Kemudian Ibn Hibban berkata: "Nuskhah ini kebanyakkannya adalah rekaan". Saya berkata: Maksudnya dipalsukan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.