Wahai Aisyah! Apabila kurma rutab sampai, ucaplah tahniah kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا عائشة إذا جاء الرطب فهنئيني.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Aisyah! Apabila kurma rutab sampai, ucaplah tahniah kepadaku.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 181-182, hadis nombor 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو بكر الشافعي عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: من لا يتابع على روايته .
وروى الأزدي عن عائشة مرفوعا: لو علم الناس وجدي بالرطب لعزوني فيه إذا ذهب وفي إسناده: جماعة بين ضعيف وكذاب.

Abu Bakar as-Syafie meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak disokong riwayatnya.
Al-Azdi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya manusia mengetahui kesukaanku terhadap rutab ini, nescaya mereka akan menyatakan kesedihan kepadaku apabila ia telah tiada. Pada sanadnya terdapat kalangan perawi yang lemah dan pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon