Sesungguhnya termasuk pembaziran jika engkau makan setiap kali engkau berkeinginan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن من السرف أن تأكل كلما اشتهيت.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya termasuk pembaziran jika engkau makan setiap kali engkau berkeinginan.


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 182-183, hadis nombor 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا قيل: لا يصح في إسناده: يحيى بن عثمان منكر الحديث وكذا نوح بن ذكوان قال في اللآلىء: يحيى بريء من عهدته فإن ابن ماجه أخرجه فقال: حدثنا هشام بن عمار ويحيى بن سعيد بن كثير بن دينار الحمصي قالا: ثنا بقية به يعني: أن بقية قال: حدثنا يونس بن أبي كثير عن نوح بن ذكوان عن الحسن عن أنس فذكره. وأما ما روى القزويني في أماليه عن عائشة مرفوعا: أحرموا أنفسكم طيب الطعام فإنما قوى الشيطان أن يجرى في العروق به فقال في اللآلىء: موضوع آفته بزيع [بن حسان] أبو الخليل الخصاف.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dikatakan bahawa: Hadith ini tidak sahih sanadnya kerana terdapat Yahya bin Uthman seorang perawi yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith, demikian juga Nuh bin Zakuan. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: Yahya berlepas diri daripada tanggungjawabnya, Ibn Majah meriwayatkannya lalu beliau berkata: Disampaikan kepada kami oleh Hisyam bin ‘Ammar dan Yahya bin Sa’id bin Kathir bin Dinar al-Himsi, kedua-duanya berkata: Baqiyyah menceritakan kepada kami hadith tersebut yakni Baqiyyah berkata: Diceritakan kepada kami Yunus bin Abu Kathir daripada Nuh bin Zakuan daripada al-Hasan daripada Anas , Lalu Anas menyebutkan hadithnya.
Manakala riwayat al-Qazwini dalam kitabnya Amaali daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Haramkan diri kamu daripada bau makanan kerana ia memberi kekuatan kepada syaitan untuk memasuki tubuh badan melalui pembuluh darah/urat-urat”.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Hadith ini palsu kerana direka oleh Bazi’ bin Hasan Abu Khalil al- Khasaf.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs