TEKS BAHASA ARAB
يا أبا ذر! إنه لا يضرك من الدنيا ما كان للآخرة، وإنما يضرك من الدنيا ما كان للدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Abū Żar! Sesungguhnya dunia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu jika kamu hidup untuk tujuan ukhrawi. Hanya sanya dunia akan memberikan mudarat kepadamu jika kamu hidup untuk tujuan duniawi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis nombor 10362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن الفضل بن عباس -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لأبي ذر: يا أبا ذر! إنه لا يضرك من الدنيا ما كان للآخرة، وإنما يضرك من الدنيا ما كان للدنيا.
[أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (6060)]
(Lemah)
Daripada al-Faḍl bin ‘Abbās RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Abū Żar: Wahai Abū Żar! Sesungguhnya dunia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu jika kamu hidup untuk tujuan ukhrawi. Sesungguhnya dunia akan memberikan mudarat kepadamu jika kamu hidup untuk tujuan duniawi.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ma‘rifah al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6060]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.