Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan dan iqamat yang dilaungkan oleh orang Habsyi

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قام بين صف الرجال والنساء فقال: يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول، فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر! ثم أقبل على النساء، فقال: إنه ليس من امرأة أطاعت وأدت حق زوجها، وتذكر حسنه، ولا تخونه في نفسها وماله؛ إلا كان بينها وبين الشهداء درجة واحدة في الجنة، فإن كان زوجها مؤمنا حسن الخلق؛ فهي زوجته في الجنة، وإلا؛ زوجها الله من الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawasanya Rasulullah SAW berdiri di antara saf lelaki dan perempuan. Baginda bersabda: Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan dan iqamat yang dilaungkan oleh orang Habsyi ini, maka kalian katakanlah sebagaimana yang dia katakan. Sesungguhnya (ganjaran) bagi kalian bagi setiap huruf ialah jutaan darjat. ‘Umar berkata: Ini adalah (ganjaran) bagi kaum wanita. Apakah pula (ganjaran) bagi kaum lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda, wahai ‘Umar! Kemudian baginda menuju kepada kaum wanita, lalu bersabda: Sesungguhnya tidak bagi seorang wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya, serta dia menyebutkan kebaikan suaminya, dan dia tidak mengkhianati suaminya pada dirinya dan harta suaminya, melainkan ganjaran antaranya dan para syuhada adalah darjat yang satu di dalam syurga. Sekiranya suaminya ialah seorang yang beriman dan berakhlak baik, maka dia akan menjadi isteri kepada suaminya di dalam syurga. Jika sekiranya tidak sedemikian, maka Allah akan mengahwinkannya dengan seseorang dalam kalangan syuhada.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063, hadis nombor 10363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن ميمونة -رضي الله عنها-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قام بين صف الرجال والنساء فقال: يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول، فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر! ثم أقبل على النساء، فقال: إنه ليس من امرأة أطاعت وأدت حق زوجها، وتذكر حسنه، ولا تخونه في نفسها وماله؛ إلا كان بينها وبين الشهداء درجة واحدة في الجنة، فإن كان زوجها مؤمنا حسن الخلق؛ فهي زوجته في الجنة، وإلا؛ زوجها الله من الشهداء.
[طب، ((الضعيفة)) (6006)]

(Sangat Munkar)
Daripada Maimunah RA: Bahawasanya Rasulullah SAW berdiri di antara saf lelaki dan perempuan. Baginda bersabda: Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan dan iqamat yang dilaungkan oleh orang Habsyi ini, maka kalian katakanlah sebagaimana yang dia katakan. Sesungguhnya (ganjaran) bagi kalian bagi setiap huruf ialah jutaan darjat. ‘Umar berkata: Ini adalah (ganjaran) bagi kaum wanita. Apakah pula (ganjaran) bagi kaum lelaki? Baginda bersabda: Dua kali ganda, wahai ‘Umar! Kemudian baginda menuju kepada kaum wanita, lalu bersabda: Sesungguhnya tidak bagi seorang wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya, serta dia menyebutkan kebaikan suaminya, dan dia tidak mengkhianati suaminya pada dirinya dan harta suaminya, melainkan ganjaran antaranya dan para syuhada adalah darjat yang satu di dalam syurga. Sekiranya suaminya ialah seorang yang beriman dan berakhlak baik, maka dia akan menjadi isteri kepada suaminya di dalam syurga. Jika sekiranya tidak sedemikian, maka Allah akan mengahwinkannya dengan seseorang dalam kalangan syuhada.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs