Wahai Abdullah! Ada malaikat datang menemuiku dan bertanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا عبد الله! أتاني ملك فقال: يا محمد! (واسأل من أرسلنا قبلك من رسلنا) على ما بعثوا؟ قال: قلت: على ما بعثوا؟ قال: على ولايتك وولاية علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abdullah! Ada malaikat datang menemuiku dan bertanya: "Wahai Muhammad! Lalu malaikat itu membacakan ayat al-Quran: "Dan tanyakanlah (Muhammad) kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus sebelum engkau" atas sebab apa mereka semua diutuskan?" Rasulullah bersabda: Aku bertanya: "Atas sebab apa mereka diutuskan?" Lalu malaikat menjawab: "Atas sebab kepimpinanmu dan kepimpinan Ali bin Abu Talib RA."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1885, hadis nombor 9493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يا عبد الله! أتاني ملك فقال: يا محمد! (واسأل من أرسلنا قبلك من رسلنا) على ما بعثوا؟ قال: قلت: على ما بعثوا؟ قال: على ولايتك وولاية علي بن أبي طالب)). [ابن عساكر، الحاكم في ((معرفة علوم الحديث))، ((الضعيفة)) (4884)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wahai Abdullah! Ada malaikat datang menemuiku dan bertanya: "Wahai Muhammad! Lalu malaikat itu membacakan ayat al-Quran: "Dan tanyakanlah (Muhammad) kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus sebelum engkau" atas sebab apa mereka semua diutuskan?" Rasulullah bersabda: Aku bertanya: "Atas sebab apa mereka diutuskan?" Lalu malaikat menjawab: "Atas sebab kepimpinanmu dan kepimpinan Ali bin Abu Talib RA." [Riwayat Ibn ‘Asakir dan al-Hakim dalam Makrifah Ulum Hadis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4884]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.