Wahai Fatimah, tidakkah kamu reda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا فاطمة! أما ترضين أن الله عز وجل اطلع إلى أهل الأرض فاختار رجلين: أحدهما أبوك، والآخر بعلك؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Fatimah, tidakkah kamu reda sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla melihat kepada penduduk bumi lalu memilih dua orang lelaki: Salah seorangnya ialah bapamu dan seorang lagi ialah suamimu?!

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1885, hadis nombor 9492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ((يا فاطمة! أما ترضين أن الله عز وجل اطلع إلى أهل الأرض فاختار رجلين: أحدهما أبوك، والآخر بعلك؟!)). روي من حديث أبي هريرة، وعبدالله بن عباس، وأبي أيوب الأنصاري، وعلي الهلالي، ومعقل بن يسار – رضي الله عنهمم -. [ك، طب، خط، ابن عساكر، حم، ((الضعيفة)) (4898)]

(Palsu) Wahai Fatimah, tidakkah kamu reda sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla melihat kepada penduduk bumi lalu memilih dua orang lelaki: Salah seorangnya ialah bapamu dan seorang lagi ialah suamimu?! Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Abdullah bin Abbas RA, Abu Ayyub al-Ansari RA, ‘Ali al-Hilali RA dan Mi’qal bin Yasar RA. [Riwayat al-Ḥakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibnu ‘Asakir dan Aḥmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4898]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.