Umar bin al-Khattab telah memakai pakaian yang baru, lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku”.

TEKS BAHASA ARAB

لبس عمر بن الخطاب ثوباً جديداً، فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umar bin al-Khattab telah memakai pakaian yang baru, lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496-1497, hadis nombor 7631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة قال: لبس عمر بن الخطاب ثوباً جديداً، فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي. ثم قال: من لبس ثوباً جديداً فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، – أو قال: ألقى – فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حياً وميتاً. قالها ثلاثاً. [ش، هـ، ابن السني، ((الضعيفة)) (4649)]

(Lemah) Daripada Abi Umamah RA berkata: Umar bin al-Khattab telah memakai pakaian yang baru, lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku” kemudian dia berkata: Barang siapa yang memakai pakaian baru lalu dia membaca: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku. Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam perlindungan Allah serta penjagaan Allah dan penutupan Allah sama ada dalam keadaan dia hidup atau mati” sebanyak tiga kali. [Musannaf Ibn Abi Shaibah, Sunan Ibn Majah, Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4649]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs