Barang siapa yang membaca surah al-Dukhan pada malam hari Jumaat akan diampunkan baginya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة الدخان في ليلة الجمعة؛ غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca surah al-Dukhan pada malam hari Jumaat akan diampunkan baginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496, hadis nombor 7627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي بن كعب مرفوعاً: من قرأ سورة الدخان في ليلة الجمعة؛ غفر له. [الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4632)]

(Sangat Lemah) Daripada Ubay bin Ka’ab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca surah al-Dukhan pada malam hari Jumaat akan diampunkan baginya. [Riwayat al-Wahidi dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4632]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs