Umar adalah satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو حدثتكم بفضائل عمر عمر نوح في قومه ما فنيت وإن عمر حسنة من حسنات أبي بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Jika aku menyebutkan kelebihan-kelebihan Umar sepanjang usia Nabi Nuh bersama kaumnya, maka ia tidak akan habis. Umar adalah satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 150, hadis nombor 444. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حديث: لو حدثتكم بفضائل عمر عمر نوح في قومه، ما فنيت، وإن عمر حسنة من حسنات أبي بكر. موضوع.

Hadith: “Jika aku menyebutkan kelebihan-kelebihan Umar sepanjang usia Nabi Nuh bersama kaumnya, maka ia tidak akan habis. Umar adalah satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar”. Ia palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs