TEKS BAHASA ARAB
حديث: لو حسن أحدكم ظنه بحجر لنفعه الله به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Jika kamu berbaik sangka dengan batu nescaya Allah akan membuat batu itu bermanfaat untuknya.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 150, hadis nombor 445. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: لَو حسن أحدكُم ظَنّه بِحجر لنفعه الله بِهِ. مَوْضُوع، كَمَا قَالَه ابْن تَيْمِية. وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: هُوَ من كَلَام عباد الْأَصْنَام.
Hadith: “Jika kamu berbaik sangka dengan batu nescaya Allah akan membuat batu itu bermanfaat untuknya.” Palsu, seperti yang dikatakan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn al-Jauzi berkata: Ia daripada ucapan para penyembah berbahala.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.