Ya, sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم، فإنما الخال والد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152 hadis nombor 768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن عمير بن وهب خال النبي صلى الله عليه وسلم قال: جاء – يعني: عميراً – والنبي صلى الله عليه وسلم قاعد، فبسط له رداءه فقال: أجلس على ردائك يا رسول الله؟! قال: نعم، فإنما الخال والد.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (7126)]

(Lemah)
Daripada Muhammad bin ‘Umair bin Wahab bapa saudara Nabi SAW beliau berkata: ‘Umair telah datang ketika Nabi SAW sedang duduk, lalu Rasulullah membentangkan selendang baginda untuk ‘Umair. Beliau berkata: Aku duduk di atas selendangmu wahai Rasulullah? Baginda berkata: Ya, sesungguhnya bapa saudara itu adalah (ibarat) seorang bapa.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7126]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.