Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما أنا بشر مثلكم أمازحكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu yang mana aku bergurau dengan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152 hadis nombor 767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي جعفر الخطمي، قال: أن رجلاً كان يكنى أبا عمر، فقال له النبي صلى الله عليه وآله وسلم: يا أم عمرة! فضرب الرجل يده إلى مذاكيره فقال النبي: مه. قال والله! ما ظننت إلا أنني امرأة؛ قلت لي: يا أم عمرة! فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إنما أنا بشر مثلكم أمازحكم.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7127)]

(Lemah)
Daripada Abu Ja’far al-Khutami beliau berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki yang diberi gelaran dengan Abu ‘Umar, lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Wahai Ummu ‘Amrah. Maka lelaki tersebut menepuk tangannya ke arah kemaluannya. Lalu Nabi bertanya: Kenapa ini? Lelaki itu berkata: Demi Allah, aku tidak menyangka melainkan yang aku ini seorang perempuan. Kau menyebut kepadaku: Wahai Ummu ‘Amrah. Maka Nabi SAW berkata: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu yang mana aku bergurau dengan kamu.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7127]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.