Tutuplah kehormatan auratnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

غطوا حرمة عورته، فإن حرمة عورة الصغير كحرمة ‌عورة ‌الكبير، ولا ينظر الله إلى كاشف عورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tutuplah kehormatan auratnya, sesungguhnya keharaman aurat budak kecil sama seperti keharaman aurat orang dewasa, dan Allah tidak akan memandang orang yang membuka aurat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 779, hadis nombor 3995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن محمد بن عياض، قال: رفعت إلى رسول الله ﷺ في صغري وعلي خرقة، وقد كشفت عن عورتي فقال: ((غطوا حرمة عورته، فإن حرمة عورة الصغير كحرمة ‌عورة ‌الكبير، ولا ينظر الله إلى كاشف عورة)). [ك، ((الضعيفة)) (1735)]

(Palsu) Daripada Muhammad bin Iyadh berkata: Aku diangkat kepada Rasulullah SAW ketika aku masih kecil dan padaku ada secebis kain, lalu auratku terdedah lalu baginda bersabda: Tutuplah kehormatan auratnya, sesungguhnya keharaman aurat budak kecil sama seperti keharaman aurat orang dewasa, dan Allah tidak akan memandang orang yang membuka aurat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1735]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.