Kepala bagi setiap urusan adalah Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأس هذا الأمر الإسلام ومن أسلم سلم وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد لا يناله إلا أفضلهم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kepala bagi setiap urusan adalah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam maka dia akan selamat. Tiangnya adalah solat, kemuncaknya adalah berjihad. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1010, hadis nombor 5203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: رأس هذا الأمر الإسلام، ومن أسلم سلم وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد لا يناله إلا أفضلهم. [طب, الضعيفة (5436)]

(Lemah) Hadis ini diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kepala bagi setiap urusan adalah Islam. Sesiapa yang memeluk Islam maka dia akan selamat. Tiangnya adalah solat, kemuncaknya adalah berjihad. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik daripada kalangan mereka. [al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhai’fah no. 5436].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.