TEKS BAHASA ARAB
ذروة سنام الإسلام: الجهاد في سبيل الله لا يناله إلا أفضلهم
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kemuncak tertinggi di dalam Islam adalah berjihad di jalan Allah. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1010, hadis nombor 5202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: ذروة سنام الإسلام: الجهاد في سبيل الله، لا يناله إلا أفضلهم. [ابن أبي عاصم في الجهاد, الضعيفة (5143)]
(Lemah) Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Umamah RA secara marfu’: Kemuncak tertinggi di dalam Islam adalah berjihad di jalan Allah. Tiada yang memperolehinya melainkan orang yang paling baik. [Ibn Abi Asim di dalam al-Jihad, al-Dhai’fah no. 5143].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.