TEKS BAHASA ARAB
تظهر شجرة في بلاد الهند يشرب الناس دخانها يذهب الدين والعقول في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tumbuh sejenis pohon di negara India, orang ramai menghisap asap daunnya, lantas akan menghilangkan agama dan akal di dunia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَمن هَذَا الْقَبِيل أَحَادِيث النَّهْي عَن شرب دُخان التنباك فَإِنِّي رأيتُ فِي رِسَالَة لبَعض مانعيه أَخْبَار منسوبة إِلَى النَّبِي.
Di antara contoh pemalsuan yang dilakukan oleh golongan ini ialah hadis dengan tujuan untuk larangan menghisap daun tembakau. Aku pernah terbaca risalah daripada golongan yang melarang menghisap daun tembakau yang mana ianya dinisbahkan kepada Nabi SAW.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.