Tompokan darah sebesar satu dirham

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الدم مقدار الدرهم يغسل وتعاد منه الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tompokan darah sebesar satu dirham, (mestilah) dibasuh dan solat digantikan kerananya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 81, hadis nombor 201. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره الخطيب عن أبي هريرة، وقال الحاكم: وضع نوح بن أبي مريم هذا الحديث في فضائل القرآن، وحكم ابن الجوزي بوضعه، وأقره السيوطي.

Al-Khatib meriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi), al-Hakim berkata: Nuh ibn Abi Maryam mereka hadith ini dalam kitab fadilat al-Quran. Ibn al-Jauzi telah menilainya sebagai palsu dan dipersetujui oleh al-Suyuti.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.