Dunia adalah ladang akhirat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الدنيا مزرعة الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dunia adalah ladang akhirat.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 82, hadis nombor 204. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه – أي: مسندا – مع إيراد الغزالي له في الإحياء.

Al-Sakhawi berkata: Aku belum menemui hadith tersebut secara musnad padahal al-Ghazali memasukkannya dalam al-Ihya’.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.