Tiga perkara yang mana jika ada pada diri seseorang maka balasan akibat daripada perbuatannya akan kembali kepada pemiliknya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه فهي راجعة على صاحبها: البغي والمكر والنكث، ثم قرأ {ولا يحيق المكر السيء إلا بأهله}؛ وقال: {يا أيها الناس إنما بغيكم على أنفسكم}؛ وقرأ {فمن نكث فإنما ينكث على نفسه}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang mana jika ada pada diri seseorang maka ia (balasan akibat daripada perbuatannya) akan kembali kepada pemiliknya: Perasaan benci, licik, dan juga mungkir janji. Kemudian Baginda membaca ayat: Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. [Fathir: 43] Dan Baginda membaca ayat: Wahai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri. [Yunus: 23] Seterusnya, Baginda membaca ayat: Maka sesiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri. [Al-Fath: 10]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 26, hadis nombor 79. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من كن فيه فهي راجعة على صاحبها: البغي والمكر والنكث، ثم قرأ {ولا يحيق المكر السيء إلا بأهله}؛ وقال: {يا أيها الناس إنما بغيكم على أنفسكم}؛ وقرأ {فمن نكث فإنما ينكث على نفسه})).
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، خط، ((الضعيفة)) (1950)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika ada pada diri seseorang maka ia (balasan akibat daripada perbuatannya) akan kembali kepada pemiliknya: Perasaan benci, licik, dan juga mungkir janji. Kemudian Baginda membaca ayat: Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. [Fathir: 43] Dan Baginda membaca ayat: Wahai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri. [Yunus: 23] Seterusnya, Baginda membaca ayat: Maka sesiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri. [Al-Fath: 10] [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1950]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs