Hasad dengki menghapuskan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu-kayan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياكم والحسد، فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu daripada sifat hasad dengki. Sesungguhnya hasad dengki itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu-kayan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 26, hadis nombor 78. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إياكم والحسد، فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب)).
[عبد بن حميد، تخ، د، ابن بشران، أبو بكر الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1902)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kamu daripada sifat hasad dengki. Sesungguhnya hasad dengki itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu-kayan.
[Riwayat ‘Abd bin Humaid, Sunan Abī Dāwud, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Bisyran, Abu Bakr al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1902]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.