Tiga golongan yang akan memberi syafaat pada hari Kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang akan memberi syafaat pada hari Kiamat adalah para Nabi. Kemudian dituruti oleh para ulama’ dan para syuhada (orang yang mati syahid).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 236, hadis nombor 182. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن ماجه (4313) والعقيلي (ق 168/ 1) وابن عبد البر في الجامع (1/ 30) في الشريعة (350) من طريق عنبسة بن عبد الرحمن عن علاق بن أبي مسلم عن أبان بن عثمان عن عثمان بن عفان مرفوعا. قال العقيلي: عنبسة بن عبد الرحمن لا يتابع عليه.
قلت: لأنه هالك. وقد اتهمه أبو حاتم بوضع الحديث. وقال البخاري: تركوه. وقال مرة: ذاهب الحديث. وعلاق بن أبي مسلم مجهول. وقال الأزدي: ذاهب الحديث. فرده الذهبي بقوله: ما لينه القدماء. وبه اقتصر البوصيري في إعلال الحديث كما في الزوائد وهو قصور ظاهر. قال الحافظ العراقي في المغني (1/ 6) : إسناده ضعيف ولا يخفى ما فيه.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Majah (4313), al-‘Uqaili (hlm. 168/1), Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Jami’ (1/30), dalam al-Shari’ah (350) melalui sanad ‘Anbasah bin ‘Abdul Rahman daripada ‘Allaq bin Abi Muslim daripada Aban bin ‘Uthman daripada ‘Uthman bin ‘Affan secara marfu’. Al-‘Uqaili berkata: "’Anbasah bin ‘Abdul Rahman tidak ada sokongan bagi riwayat-riwayat beliau".
Saya berkata: Kerana beliau seorang perosak hadith (halik). Abu Hatim telah melemparkan dakwaan bahawa beliau telah memalsukan hadith. Al-Bukhari berkata: "Mereka telah meninggalkannya". Al-Bukhari berkata lagi : "Zahib al-Hadith (hadith yang diriwayatkan oleh beliau hilang)". ‘Allaq bin Muslim pula seorang yang majhul. Al-Azdi berkata: "Zahib al-Hadith (hadith yang diriwayatkan oleh beliau hilang)". Al-Zahabi menolak dakwaan tersebut dengan katanya: "Ulama terdahulu tidak menilai beliau sebagai lemah". Al-Busairi menilai hadith tersebut lemah hanya kerana disebabkan’Allaq sebagaimana dalam al-Zawaid. Ianya jelas ringkas. Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (1/6): "Sanadnya lemah". Tidak boleh disembunyikan lagi kelemahan yang terdapat dalam sanad.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs