TEKS BAHASA ARAB
إن الله لا يؤاخذ المزاح الصادق في مزحه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah tidak menghukum orang yang bergurau dan dia jujur dalam gurauannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1621, hadis nombor 8184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله لا يؤاخذ المزاح الصادق في مزحه)). [فر، ((الضعيفة)) (3107)].
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah tidak menghukum orang yang bergurau dan dia jujur dalam gurauannya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3107].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.