Tiga golongan yang akan memberi syafaat di hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang akan memberi syafaat di hari kiamat: Para nabi, kemudian para ulama dan seterusnya orang-orang yang mati syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis nombor 5065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ‌ثم ‌العلماء ثم الشهداء)). [ه، عق، ابن عبد البر في “جامع بيان العلم”، نصر المقدسي في “جزء من حديثه”، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (‌‌1978)]

(Palsu) Daripada Uthman bin Affan RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Tiga golongan yang akan memberi syafaat di hari kiamat: Para nabi, kemudian para ulama dan seterusnya orang-orang yang mati syahid.)) [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ʿAbd al-Bar dalam Jāmiʿ Bayān al-ʿllm, Naṣr al-Maqdisī dalam Juzʾ min Ḥadīthih, dan Ibn Asakir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. ‌‌1978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs