Berdirinya salah seorang daripada kalian di jalan Allah untuk satu tempoh tertentu adalah lebih baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مقام أحدكم في سبيل الله ساعة، خير من عمله في أهله عمره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berdirinya salah seorang daripada kalian di jalan Allah untuk satu tempoh tertentu adalah lebih baik daripada amalan (baiknya) pada keluarga sepanjang umurnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis nombor 5064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعد بن أبي فضالة – رضي الله عنه – وكانت له صحبة – قال: “اصطحبت أنا ‌وسهيل بن عمرو إلى الشام ندب أبو بكر السعور (كذا الأصل تقريبا وبياض قبله، ولعله: ليالي ندب أبو بكر الصديق) ، فقال له سهيل: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مقام أحدكم في سبيل الله ساعة، خير من عمله في أهله عمره))، قال: فأنا مقيم في سبيل الله حتى أموت لا أرجع إلى مكة أبدا. [ابن عساكر، ابن سعد، ك، ((الضعيفة)) (1839)]

(Lemah) Daripada Abu Sa’ad bin Abi Fadhalah RA (beliau pernah bersahabat dengan Nabi SAW) berkata: “Aku bertemankan Suhail bin Amru ke Syam, Abu Bakr telah menggalakkan berjalan laju (Hampir-hampir demikianlah yang asal dan tidak ada tulisan sebelumnya, dan mudahan ianya begini: Beberapa malam yang digalakkan oleh Abu Bakr al-Siddiq) Lalu Suhail berkata padanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Berdirinya salah seorang daripada kalian di jalan Allah untuk satu tempoh tertentu adalah lebih baik daripada amalan (baiknya) pada keluarga sepanjang umurnya)). Beliau berkata: “Maka aku pun kekal berdiri di jalan Allah sehinggalah aku mati, aku tidak akan kembali ke Mekah selama-lamanya.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ibn Sa’ad dalam al-Tabaqat, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1839]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.