TEKS BAHASA ARAB
ثلاث خلال من لم يكن فيه واحدة منهن كان الكلب خيرا منه: ورع يحجزه عن محارم الله، أو حلم يرد به جهل جاهل، أو حسن خلق يعيش به في الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga ciri yang mana sesiapa yang tidak memiliki salah satu daripadanya maka seekor anjing adalah lebih baik daripada dirinya. (Iaitu) sifat wara’ yang menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan, atau sifat lemah lembut yang menolak kejahilan orang yang jahil, atau akhlak yang baik yang dia hidup dengannya dalam kalangan orang ramai.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 158 hadis nombor 789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ثلاث خلال من لم يكن فيه واحدة منهن كان الكلب خيرا منه: ورع يحجزه عن محارم الله، أو حلم يرد به جهل جاهل، أو حسن خلق يعيش به في الناس.
[((الضعيفة)) (7160)]
(Sangat lemah)
Daripada al-Hasan beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Tiga ciri yang mana sesiapa yang tidak memiliki salah satu daripadanya maka seekor anjing adalah lebih baik daripada dirinya. (Iaitu) sifat wara’ yang menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan, atau sifat lemah lembut yang menolak kejahilan orang yang jahil, atau akhlak yang baik yang dia hidup dengannya dalam kalangan orang ramai.
[Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7160]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.